Powered By Blogger

Tuesday, November 12, 2013

Bajet 2014: Manfaatnya Kepada Mahasiswa

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tlah membentangkan bajet 2014 pada 25 Oktober 2014 yang lalu. Bajet 2014 melibatkan peruntukan berjumlah RM264.2 billion. Bajet 2014 menunjukkan peningkatan kira-kira RM31 billon berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM238.8 billion. Bajet 2014 yang dibentangkan adalah bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji". Dalam bajet 2014, kerajaan memberi penekanan terhadap 5 teras utama. salah satu teras yang diberi penekanan ialah aspek pembangunan sosial iaitu pendidikan. Daripada bajet yang dibentangkan, dapat dilihat bahawa pelajar-pelajar dan mahasiswa di IPT tidak terlepas daripada menerima manfaatnya.

Antara manfaat yang diperolehi oleh mahasiswa dan mahasiswi IPT ialah Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M). Program ini telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam bajet negara pada tahun-tahun yang lepas dan pada bajet tahun ini kerajaan telah meneruskan program ini untuk manfaat mahasiswa. Setiap mahasiswa yang berada di seluruh IPT di negara ini akan menerima baucar buku ini sebanyak RM250 seorang. Sehingga Julai 2013, kerajaan membelanjakan RM309 juta untuk program itu yang memberi manfaat kepada 1.2 juta mahasiswa di seluruh negara. Dengan adanya program baucar buku ini, ia sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa dan penjaga. Program BB1M dapat membantu mahasiswa-mahasiswa mengurangkan kos pembelian buku-buku rujukan untuk tujuan pembelajaran. Kerajaan juga telah melaksanakan program ini supaya budaya membaca dalam kalangan mahasiswa dapat ditingkatkan dan dijadikan amalan dalam kehidupan.

Dalam bajet 2014 juga kerajaan mengambil langkah untuk memperkasakan perdidikan tertiari. Di sudut ini, kerajaan akan memberi fokus dalam memperkasakan institusi pengajian tinggi awam dan swasta ke arah melahirkan graduan yang berkualiti dan memenuhi permintaan pasaran kerja. Antara program yang dilaksanakan untuk memperkasakan institusi pengajian tinggi ialah:

  1. Meningkatkan  status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan di peringkat antarabangsa. Kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta sebagai geran penyelidikan di institut pengajian tinggi awam
  2. Kerajaan juga telah meneruskan program MyBrain15 iaitu pembiayaan yuran pengajian di peringkat pasca ijazah, khususnya kepada golongan eksekutif di sektor swasta. Untuk ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM110 juta untuk tujuan ini.
Penerbitan jurnal ilmiah ke peringkat antarabangsa merupakan aspek penting dalam memartabatkan hasil karya para akademik tempatan. Kerajaan juga telah menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang terkemuka.
Dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan ini, sekali gus dapat membantu dan menggalakkan mahasiswa membuat kajian serta menerbitkan karya-karya ilmiah ke peringkat antarabangsa. Mahasiswa juga dapat meneroka dan mengkaji tentang ilmu-ilmu baru supaya dapat membantu dalam pembangunan negara.

Bagi mahasiswa lepasan IPT juga tidak ketinggalan dalam menerima manfaat bajet 2014. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana untuk membantu mahasiswa dan siswazah lepasan IPT yang belum mempunyai pekerjaan dengan menyediakan dana usahawan untuk menggalakkan siswazah yang menganggur terlibat dalam bidang peniagaan. Dalam galakan kepada golongan itu, Bajet 2014 turut menyediakan dana pinjaman mudah sebanyak RM50 juta menerusi Tabung Usahawan Siswazah di bawah SME Bank. Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah (TUS). Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. rangka kerja atau Pelan Tindakan Kebolehpasaran Graduan juga akan dilancarkan hujung tahun ini bagi membantu siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan. Setiap tahun hampir 180,000 graduan berkelulusan Diploma dan Sarjana Muda menamatkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment