PERBEZAAN ANTARA SISTEM EKONOMI ISLAM DENGAN
KONVENSIONAL
Pengenalan
Dalam sesuatu sistem ekonomi Islam, perkataan ekonomi itu sendiri
merupakan kajian tentang aktiviti tingkah laku manusia yang menggunakan
sumber-sumber alam ciptaan Allah. Kesemua sumber-sumber alam ciptaan Allah
digunakan dengan adil dan cekap sejajar dengan hukum-hukum syarak. Kesemua
sumber-sumber alam ini digunakan untuk kebaikan diri dan masyarakat bagi mendapat
keredhaan Allah. Setiap sistem ekonomi itu mempunyai matlamat dan
tujuannya yang tersendiri. Perlu diketahui bahawa matlamat utama sistem ekonomi
islam ialah
untuk mencapai kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat ataupun yang dikenali
sebagai al-Falah
(Mohd Dali at el, 2004). Agama Islam telah menganggap kegiatan ekonomi ini sebagai
ibadah yang perlu ada bagi kegunaan manusia. Dalam konteks ini, kegiatan
ekonomi dalam
sistem ekonomi Islam merupakan ibadah yang merangkumi tanggungjawab manusia dengan
Allah sebagai pencipta dan juga hubungan manusia sesama manusia. Kesimpulannya, dapatlah
dikatakan yang seluruh insan bertanggungjawab terhadap amanah yang telah ditetapkan
oleh Allah. Ekonomi Islam berlandaskan beberapa sumber utamanya iaitu al-Quran,
Hadis, Ijma’ dan Qiyas sebagai ciri utamanya. Hal ini memberi makna dan panduan kepada manusia semasa menjalankan
kegiatan-kegiatan
ekonomi.
KENALI
SISTEM – SISTEM EKONOMI
1. SISTEM
EKONOMI KONVENSIONAL
Sistem
ekonomi konvensional boleh dikatakan sebagai suatu sistem ekonomi yang sudah
dipraktikkan secara meluas di dalam sesebuah masyarakat. Suatu sistem yang
ditentukan oleh manusia di dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai
piawai yang mutlak tetapi bersifat anjal dan boleh berubah mengikut ketentuan
masyarakat. Sistem ekonomi konvesional ini terdiri daripada sistem kapitalis,
sosialis, komunis dan ekonomi campuran.
i.
SISTEM
EKONOMI KAPITALIS
Sistem
ekonomi kapitalis merupakan sistem perusahaan bebas iaitu satu sistem ekonomi
yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Sistem ekonomi kapitalis dibebaskan untuk mencari
keuntungan sebesar-besarnya, sehingga menimbulkan kesenjangan sosial dan
ketimpangan ekonomi karena masing-masing individu berusaha memonopoli pasar
sehingga terjadi persaingan bebas.
Sistem ini juga tidak mementingkan
kebajikan masyarakat malah hanya menjaga kepentingan orang perseorangan. Hal
ini menunjukkan bahawa sistem ini adalah bersifat individual serta individu
juga bebas berbuat apa sahaja dengan harta kekayaannya asal kegiatannya tidak
mengganggu hak orang lain. Oleh kerana hak-hak memiliki harta dibenarkan oleh
masyarakat maka hak-hak ini boleh dibatasi melalui tindakan masyarakat itu
sendiri.
Sistem ekonomi kapitalis juga melihat kepada kuasa
pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, menetapkan harga barangan dan
perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Sistem ini mewujudkan jurang perbezaan
yang ketara antara golongan kaya dengan golongan miskin.
ii.
SISTEM
EKONOMI SOSIALIS
Sistem
ekonomi ekonomi sosialis atau juga dikenali sebagai sistem perancangan pusat.
Sistem ekonomi ini diamalkan bagi mengelakkan masalah-masalah timbul daripada
sistem ekonomi pasaran bebas. Kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab dalam
memutuskan persoalan masalah asas ekonomi. Oleh itu, kerajaan terlibat secara langsung
dalam merancang dan mengawal kegiatan ekonomi. Dalam sistem ekonomi ini juga,
kerajaan memiliki kuasa penuh dalam faktor pengeluaran atau sumber ekonomi,
manakala rakyat atau individu tidak diberi kebebasan untuk memilikinya.
iii.
SISTEM
EKONOMI KOMUNIS
Sistem ini tidak mengiktiraf pemilikan
harta persendirian dan mengetepikan secara langsung dasar pasaran bebas. Segala
pentadbiran, pemindahan dan pengagihan sumber semuanya adalah diuruskan oleh
kerajaan. Rakyat dan swasta tidak dibenarkan langsung menguasai sumber-sumber
negara. Sebaliknya sumber-sumber negara diagihkan kepada rakyat mengikut
kehendak kerajaan. Sistem ini telah diamalkan oleh bekas Kesatuan Soviet,
Republik Rakyat China, Cuba dan sebahagian negara-negara Afrika. Sistem ini
telah pun runtuh di beberapa buah negara atas kehendak rakyatnya sendiri.
iv.
SISTEM
EKONOMI CAMPURAN
Sistem
ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dan
sistem ekonomi perancangan pusat. Sistem ekonomi ini menggunakan mekanisme
pasaran serta membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi. Campur
tangan kerajaan adalah bertujuan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mekanisme
pasaran. Masalah asas ekonomi campuran diselesaikan secara bersama oleh
kerajaan dan pihak swasta. Walau bagaimanpun, kuasa permintaan dan penawaran
masih dipengaruhi oleh mekanisme pasaran.
Individu dan firma dalam ekonomi campuran
mempunyai kebebasan untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
Sistem ekonomi campuaran bermotifkan untuk memaksimumkan keuntungan tetapi
kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna
dan faktor-faktor pengeluaran.
2. Sistem
Ekonomi Islam
Al-Quran
dan Hadis merupakan rujukan utama sistem ekonomi Islam yang mana menggunakan sumber-sumber
alam ciptaan Allah dengan cara cekap dan adil.
PERBEZAAN DASAR EKONOMI
ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL
Perbezaan kedua-dua sistem ini adalah terdiri
daripada beberapa bahagian antaranya adalah dari segi maksud dan maknanya. Sistem
ekonomi Islam adalah sistem yang lahir dari Islam .Dimana, ia menggunakan sumber-sumber
ciptaan Allah S.W.T dengan cara yang cekap dan adil dengan berlandaskan hukum-hukum
syara’. Ianya adalah satu disiplin sains yang menkaji permasalahan dan kegiatan
berdasarkan sistem nilai atau peraturan Islam dalam menguruskan sumber-sumber alam
secara kebendaan dan kerohanian untuk kebaikan semua masyarakat demi mendapat keredhaan
Allah.
Sistem ini menentang amalan
riba dan faedah kerana ia mempunyai unsur-unsur
penindasan. Sumber rujukan yang utama dalam sistem ekonomi Islama adalah
Al-quran dan Al-sunnah. Negara yang menggunakan sistem ini adalah Negara Mesir dan
Arab Saudi. Manakala sistem ekonomi konvensional menurut kamus dewan ialah mengikut
atau sebagaimana yang kebiasaanya.
Konvensional bermaksud sesuatu
amalan, tingkah laku dan ciri-ciri yang sudah diiktiraf dengan meluas serta diguna
pakai. Sistem ekonomi konvensional sudah diterima pakai dan telah dipraktikan dalam
sebuah masyarakat, ianya telah ditentukan
oleh manusia dalam sesebuah masyarakat yang tidak mempunyai piawai yang mutlak
dan boleh diubah-ubah mengikut ketentuan
masyarakat.Ekonomi ini menggunakan sumber akal dan nafsu semata-mata.
PERBEZAAN
DARI SEGI CIRI-CIRI ANTARA EKONOMI ISLAM DAN EKONOMI KONVENSIONAL:
CIRI-CIRI EKONOMI
|
EKONOMI KAPITALIS
|
EKONOMI SOSIALIS
|
EKONOMI CAMPURAN
|
EKONOMI ISLAM
|
Pemilikan sumber
|
Individu bebas memiliki, mengguna,
mengagih dan mencari kekayaan tanpa
halangan.
|
Dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya
|
Pihak swasta dan kerajaan.
|
Hak milik mutlak Allah dan individu
sebagai pemengang amanah.
|
Pembuat keputusan
|
Pengguna dan pengeluar membuat
keputasan melalui mekanisme harga
|
Badan perancangan ekonomi
|
Kerajaan akan mengeluarkan barang yang
tidak cukup yang dikeluarkan oleh pihak swasta.
|
Individu bebas menjalankan aktiviti
asalkan tidak melanggar hukum islam.
|
Pilihan
|
Pengguna bebas memilih barang dan
pengeluar bebas menggunakan sumber ekonomi.
|
Pilihan terhad, terbatas dan
ditentukan oleh kerajaan
|
Pengguna dan pengeluar bebas membuat
pilihan tetapi dikawal oleh kerajaan
|
Bebas tetapi tertakluk kepada hukum
syarak
|
Penentuan harga
|
kuasa permintaan dan penawaran akan
menentukan harga dan kuantiti barang dipasaran
|
Ditetapkan oleh kerajaan.
|
Mekanisme harga ditentukan oleh pihak
kerajaan
|
Harga tidak berunsurkan riba.sistem
akad jual beli dalam urusniaga.
|
Persaingan
|
Pengguna bersaing untuk mendapatkan
barang
Pengeluar bersaing mengeluarkan barang
yg menguntungkan dan kos rendah.
|
Tiada persaingan kerana kerajaan
mengagihkan barang kepada semua rakyat sama banyak dan sama rata.
|
Bebas dan kerajaan memastikan
persaingan yang sihat dan adil
|
Persaingan sihat, adil dan saksama.
Diharamkan penindasan, aktiviti sorok
dan amalan riba.
|
Motif pengeluaran
|
Pengguna –
kepuasan maksimum
Pengeluar–keuntungan maksimum
|
Memaksimumkan kebajikan rakyat
|
Pengguna–
kepuasan maksimum
Pengeluar– keuntungan maksimum
Kerajaan–
kebajikan maksimum
|
Mementingkan kebajikan rakyat.
Matlamat adalah untuk mencapai Al-falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia
dan akhirat.
|
CIRI-CIRI
LAIN SISTEM EKONOMI
1. KAPITALIS:
·
Pemilikan sumber
Ø Sumber
ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu.
Ø Sumber
ekonomi digunakan oleh firma untuk mengeluarkan barangan.
Ø Individu
bebas mencari kekayaan semaksimum yang boleh serta memenuhi kepuasan mereka.
·
Matlamat
pengeluaran
Ø Firma
mempunyai matlamat memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan
masyarakat.
·
Peranan
mekanisme harga
Ø Harga
di pasaran ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran melalui mekanisme
harga.
Ø Pengeluar
akan mengeluarkan barangan yang secara relatif lebih untuk mendapatkan
keuntungan maksimum.
Ø Pengguna
pula akan membeli barang secara relatif lebih untuk memperolehi utiliti
maksimum.
·
Persaingan
Ø Individu
bebas bersaing antara satu sama lain.
Ø Pengeluar
juga bebas bersaing dalam teknik pengeluaran.
Ø Dengan
wujudnya persaingan, barang dan perkhidmatan dikeluarkan adalah lebih
berkualiti dan mempunyai harga berpatutan.
·
Keagungan
pengguna dalam pasaran
Ø Pengguna
dianggap sebagai ‘raja’ dalam pasaran.
Ø Ini
kerana corak peruntukan sumber-sumber ekonomi ditentukan oleh bentuk permintaan
pengguna. Ini bermakna pengeluar akan mengeluarkan keluarannya dengan
berpandukan kepada permintaan pengguna.
Ø Pengeluar
hanya akan mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang mempunyai permintaan
sahaja supaya dapat menjamin keuntungan. Oleh itu, kejayaan pengeluar dan
kejayaan pasaran adalah bergantung kepada pengguna.
2. SOSIALIS
·
Campur Tangan Kerajaan
Dalam Ekonomi.
Dalam sistem ekonomi sosialis ini kerajaan campur
tangan sepenuhnya dalam ekonomi melalui badan perancang ekonomi. Badan ini
berfungsi dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Badan ini juga akan
menentukan apa dan berapa barang yang hendak dikeluarkan. Selain itu, badan ini
juga menentukan cara atau kaedah untuk mengeluarkan barang dan mengagihkan
barang yang dikeluarkan kepada masyarakat supaya matlamatnya tercapai.
·
Hak Milik Negara.
Hak
milik negara bermaksud, segala faktor-faktor pengeluaran dalam negara adalah
dimiliki sepenuhnya oleh pemerintah. Ini bererti, individu atau firma dalam negara
itu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki harta persendirian. Individu juga
tidak ada kebebasan dalam soal ekonomi, misalnya individu tiada hak untuk
memilih pekerjaan. Ini bermakna, semua individu akan bekerja dengan kerajaan
untuk mengeluarkan barang. Manakala, kerajaan pula akan mengagihkan barang yang
dikeluarkan kepada semua rakyat dan rakyat tidak mempunyai hak untuk memilih
barang yang disukai.
tiada
motif keuntungan.
·
Kebajikan
Masyarakat dan Bukannya Keuntungan.
Tanggungjawab
kerajaan adalah untuk menguruskan ekonomi negara secara adil dan saksama dalam
pengagihan pendapatan dan kekayaan. Perancangan di peringkat pusat akan
menentukan projek ekonomi yang akan dijalankan. Projek-projek yang dirancang
akan menyumbangkan kebajikan kepada rakyat dan masyarakat.
3.
KOMUNISME
·
Komunisme adalah salah satu ideologi di
dunia
·
Komunisme sebagai anti kapitalisme
menggunakan sistem sosialisme sebagai alat kekuasaan
·
Prinsip semua adalah milik rakyat dan
dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara saksama.
·
Komunisme sangat membatasi demokrasi
pada rakyatnya
·
komunisme juga disebut sebagai anti
liberalisme.
·
komunisme sangat membatasi agama pada
rakyatnya,dengan prinsip agama dianggap candu yang membuat orang berangan-angan
yang membatasi rakyatnya dari pemikiran yang rasional dan nyata.
4. ISLAM
i.
Pemilikan Sumber
Setiap individu adalah pemegang amanah dan mempunyai
kebebasan untuk memiliki sumber ekenomi dan kekayaan keatas sumber ciptaan
Allah.
ii.
Motif Ekonomi
Matlamat
sistem ekonomi Islam adalah tidak mementingkan keuntungan semata-mata kerana
yang lebih penting adalah kebajikan masyarakat. Matlamat ekonomi ini yang
sebenar ialah untuk mencapai Al-Falah iaitu mencapai kebahagiaan di dunia dan
akhirat.
iii.
Persaingan Yang
Sihat Dibenarkan
Melalui
sistem ekonomi Islam, persaingan secara adil dan saksama digalakkan kerana
dalam sistem ini kegiatan seperti penindasan, makan riba, sorokan dan
sebagainya adalah diharamkan.
iv.
Kebebasan
Membuat Keputusan Ekonomi
Individu
bebas menjalankan aktiviti ekonomi seperti menentukan jenis barang, cara barang
yang hendak dikeluarkan dan sebagainya asalkan tidak melanggar hukum syarak.
v.
Sistem Yang
Bukan Ciptaan Manusia
Sistem
ini berasaskan syariat Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis di mana
hokum yang ditentukan oleh syarak tidak boleh diubah dalam apa bentuk sekalipun
kerana Islam lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada keuntungan.
vi.
Tujuan Kegiatan
Ekonomi
Segala
kegiatan ekonomi yang dilaksanakan mengikut ajaran Islam akan diberi ganjaran
di hari akhirat. Hal ini kerana tujuan kegiatan ekonomi Islam adalah untuk
memenuhi tuntutan ibadah serta bagi menjamin kesejahteraan di dunia malah di
akhirat kelak.
vii.
Pemilikan Harta
Setiap individu
merupakan pemegang amanah Allah. Mereka berhak memiliki harta yang hanya perlu
dikendalikan dengan baik. Pengagihan harta secara adil dan saksama adalah wajib
bagi golongan yang berada bagi mengurangkan jurang perbezaan antara golongan
yang berada dan golongan yang kurang berada sebagai membersihkan harta mereka.
Semua masyarakat dibenarkan menikmati sumber-sumber penting kerana setiap
individu dilarang melakukan perkara yang memudaratkan masyarakat seperti
pencemaran.
viii.
Kebebasan
Persaingan
Islam
membenarkan umatNya bebas melakukan aktiviti ekonomi. Oleh itu persaingan
antara mereka adalah dibenarkan secara ail dan saksama. Riba adalah diharamkan
dalam urusan ekonomi ini.
UNSUR-UNSUR YANG TIDAK
ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISTEM KONVENSIONAL
UNSUR TANAJUSY
Al-Tanajusy merujuk
kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli
dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli
barangan berkenaan.
Persepakatan ini
bertujuan supaya orang lain terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang
dengan sendirinya menaikkan permintaan dan penjual menikmati harga tawaran
tertinggi ini menguntungkan penjual. Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa
saham dan disebut
sebagai ‘market manipulation by syndicates’. Dalam membentuk sesuatu system
kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya
keadaan tersebut. Ia dianggap unsure negative dalam pasaran menurut fiqh Islam.
UNSUR GHARAR
Gharar merujuk kepada
ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti
wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh
Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar.
Gharar jika yasir,
yakni tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi dan menjamin pasaran tidak
ada sama sekali unsure gharar adalah suatu yang terlalu rumit. Oleh itu, fiqh
Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak menjadi suatu kecacatan pasaran.
UNSUR TADLIS AL ‘AIB
Tadlis al-‘aib
bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui
ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. Kontrak
mestilah bersih dari unsure ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan
pertimbangan sendiri.
UNSUR AL- GHABNU AL- FAHISY
Alghabnu bermaksud
kurang. Dalam kontrak al-mu’awadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al-ghabnu boleh berlaku sama ada dari
pihak penawar atau pihak penerima kontrak. Dalam konteks harga terlalu tinggi,
penjual memperoleh keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk
manakala pembeli mengalami keuntungan tinggi. Sekiranya al-ghabnu al-fahisy
berlaku kerana suasana pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran
yang biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar,
jika al-ghabnu
al-yasir (tidak melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam
mengganggapnya bukan suatu kecacatan pasaran.
UNSUR GHALAT
Ghalat bermaksud
kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap
tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-‘aqid yang bermaksud kesilapan
kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak.
Ghalat yang mesti
dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak
yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak
keatasnya.
Seboleh-bolehnya
perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu
berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan
perkara yang dikontrakkan itu
tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat mesti
menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu.
Para ekonomi nonmuslim
mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah sukses
menggabungkan etika dan ekonomi sementaa sistem kapitalis dan sosialis
memisahkan keduanya.
Jack Austria,
seorang Perancis, dalam bukunya islam dan pengembangan Ekonomi mengatakan,
“Islam adalah gabungan antara tatanan kehidupan praktis dan sumber etika yang mulia.
Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini
boleh dikatakan
bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. Dan ekonomi yang kekuatannya
berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang
berdasarkan etika”.
Penutup
Sistem ekonomi kapitalis dan sosialis pada masa ini mengalami
kepincangan di dalam memastikan keadilan yang saksama bagi pelaku ekonomi.
Krisis ekonomi yang melanda ekonomi sedunia terkesan dari kepincangan ekonomi
kapitalis dan keruntuhan ekonomi sosialis digambarkan dengan kejatuhan Rusia
sebagai kuasa besar. Rentetan dari kepincangan ekonomi ini membuatkan ramai
para pakar ekonomi mula mempersoalkan keutuhan sistem-sistem ekonomi ini. Malah
ramai yang mula untuk melihat kepada perbankan Islam dan pasaran modal Islam
walaupun tidak melihat keseluruhan sistem ekonomi Islam sebagai pengganti
sistem sedia ada dan menjadi pemacu kepada pembangunan ekonomi. Perbezaan utama
di antara sistem-sistem dengan sistem ekonomi Islam adalah konsep tauhid dimana
ianya akan membezakan justeru aspek-aspek dan komponen-komponen dalam di dalam
sistem ekonomi tersebut. Sistem ekonomi bukan Islam di bangunkan dengan riba
yang mana dilarang secara keras di dalam ekonomi Islam. Di suatu ekstrem,
sistem kapitalis member kebebasan sepenuhnya di dalam pemilikan dan aktiviti
ekonomi dan di suatu ektrem yang lain sistem sosialis tidak memberikan
kebebasan di dalam pemilikan aktiviti ekonomi. Sistem ekonomi Islam
mengambilkira pendekatan yang sederhana dengan member kebebasan dan juga
mengutamakan masyarakat, justeru mengurangkan jurang perbezaan di antara yang
berada dan yang tidak berada dengan peranan individu dan kerajaan melalui
aliran zakat sebagai contohnya. Objektif utama sistem ekonomi Islam ialah untuk
mendapatkan keredhaan Allah swt dengan memaksimakan falah dengan mendapatkan
keuntungan yang berpatutan sementara itu sistem kapitalis hanya memaksimakan
keuntungan di mana sistem sosialis memaksimakan pengeluaran. Disamping itu,
sistem ekonomi Islam bersifat normatif berbanding kapitalis yang bersifat
positif dan sosialis yang bersifat konstruktif.
Rujukan
1.
Yakcop,
Nor Mohamed. (1996). Sistem Kewangan Islam di Malaysia: Teori, Amalan, dan
Prospek. Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur.
2.
Heng
Siew Ngu, Md Zyadi Md. Tahir (2009). Mikroekonomi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd,
Kuala Lumpur.
3.
Syed
Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwan Wafa, Muhammad Nasri Md Hussain, Mohd. Nizam
Hanafiah. (2009). Pengantar Perniagaan Islam. Pearson Malaysia Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
4.
Mohd
Dali at el. (2004). Islamic E-commerce. its theoretical framework and
challenges forislamic buisness. Proceeding of Knolewdge Management of
International Conference &Exhibition (KMICE) 14-15 February 2004. Evergreen
Laurel Hotel, Penang & Covention Center, UUM Malaysia.
No comments:
Post a Comment