PENGENALAN
Ekonomi
merupakan salah satu daripada ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu
dan masyarakat dalam membuat pilihan yang betul bagi menggunakan sumber-sumber
yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan bagi memenuhi kehendak manusia
yang tidak terhad.
Malaysia
merupakan salah satu contoh negara yang sedang giat membangun dalam semua
bidang terutamanya bidang ekonomi, di mana bidang ekonominya terbahagi kepada
dua sistem utama iaitu kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Penggunaan sistem
ekonomi Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB) pada tahun1983 dan kini sistem ekonomi berteraskan islam ini sudah mula
mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat. Dalam ekonomi islam itu
sendiri terdapat perbagai produk kewangan yang ditawarkan antaranya ialah
Al-Wadiah, Takaful, Mudharabah, Jialah, Ijarah dan Ar-Rahnu.
Dalam
tugasan ini akan lebih memfokuskan tentang Ar-Rahnu yang merupakan sistem pajak
gadai islam yang semakin popular dikalangan masyarakat pada hari ini, ianya bukan
saja digunakan oleh orang Islam sahaja bahkan turut menarik perhatian golongan
bukan islam untuk menggunakan sistem ini. Gadaian atau disebut Ar-Rahnu sebenarnya
telah digunakan sejak zaman Rasulullah SAW lagi, dan ianya banyak diriwayatkan
dalam hadis-hadis nabi diantaranya:
“Dari
Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang
yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu
Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya”.(Riwayat Al-Bukhari)
Didalam
hadis lain yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud,” ketika Nabi s.a.w. wafat, baju
besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (lebih kurang 50
kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya".(Riwayat
Tirmidzi)
Telah diriwayatkan juga didalam hadis yang lain yang
bermaksud "Bahawasanya Nabi s.a.w menggadaikan (Rahn) diran (baju
besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah
30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
Ar-Rahnu merupakan
satu sistem gadaian Islam yang bererti meletakkan sesuatu barang yang berharga
sebagai jaminan atau cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman.
Sekiranya pemilik tersebut tidak dapat menyelesaikan hutangnya, si pemberi
hutang berhak untuk mendapatkan kembali wang dipinjamkannya daripada barang
gadaian tersebut. Dengan kewujudan sistem Ar-Rahnu atau pajak
gadai islam ini dijangka dapat membantu golongan-golongan yang memerlukan wang
tunai segera. Skim ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang berpendapatan
rendah tetapi juga golongan-golongan yang lain yang memerlukan pinjaman mikro
kredit yang cepat tanpa ada unsur riba serta menguntungkan kedua-dua belah
pihak sama ada penggadai atau penerima gadaian.
PENGERTIAN AR-RAHNU
Ar-Rahnu
merupakan istilah yang diambil daripada kata terbitan bahasa Arab iaitu Al-Rahn.
Al-rahn adalah berasal daripada kata perbuatan rahana yang bermakna
menggadaikan. Perkataan ini membawa maksud kena gadai (atau digadaikan).
DEFINISI AR-RAHNU MENURUT ULAMA’
Definisi
Al-Rahn menurut istilah undang-undang Islam ialah sebagaimana yang diperkatakan
oleh para ulama Maliki iaitu “Pemberian seseorang yang diizinkan berkontrak,
sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar yang sedikit
sebagai sandaran (jaminan) ke atas sesuatu hak”.
Definisi diatas adalah meliputi definisi yang dinyatakan oleh empat mazhab utama
ahli sunnah iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Syafie dan mazhab Hambali.
Penggunaan
perkataan “pemberian” meliputi semua urusniaga samada gadaian atau jual
beli. Ungkapan “seseorang yang diizinkan berkontrak” meliputi mukallaf
yang dizinkan berurusniaga mengikut perundangan Islam iaitu berakal, baligh dan
tidak boros. Manakala ungkapan “sesuatu
yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)” membawa
makna sesuatu perkara yang boleh digunakan dalam berkontrak contohnya berjual
beli.
Perkataan
gharar dalam bahasa Arab berasal daripada kata perbuatan gharra bermakna
memperdaya. Dari segi istilah, gharar ialah sesuatu yang tidak diketahui
kewujudannya atau ketiadaannya atau tidak diketahui jumlahnya sama ada sedikit
atau banyak atau sesuatu yang tidak mampu diserahkan ketika berkontrak. Gharar
yang sedikit pada pandangan mazhab Maliki ialah sesuatu ketidakpastian yang
dimanfaatkan oleh masyarakat.
Ungkapan
“sesuatu yang boleh dijual atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang
sedikit)” adalah merangkumi perkara yang boleh digadaikan. Akan tetapi tidak
semua perkara boleh dijadikan seperti babi, arak, bangkai dan sebagainya benda
benda ini haram dan tidak boleh sama sekali dijadikan barang gadaian walaupun ianya
boleh dijual beli. Ungkapan ini memberi pengertian umum terhadap sesuatu itu
sama ada ia benda atau manfaah (manfaat daripada benda), berdasarkan
pandangan sesetengah mazhab yang membenarkan “bukan benda” atau manfaah sebagai
perkara yang digadaikan. Contohnya ‘sesuatu hutang’ sebagai perkara yang
digadaikan.
Ungkapan
“atau sesuatu yang mempunyai gharar (yang sedikit)” membawa pengertian
berdasarkan mazhab Maliki, kepada pembenaran penggadaian sesuatu yang mempunyai
unsur gharar yang sedikit. Manakala ungkapan ‘jaminan’ memberi erti bahawa
kontrak ini khas kepada kontrak gadaian dan bukan terhadap kontrak selainnya,
iaitu sesuatu perkara itu menjadi jaminan ke atas hutang yang diberikan oleh
pemiutang.
Ungkapan
“kepada sesuatu hak” pula meliputi gadaian kerana berhutang atau benda
yang dipinjam. Ia bersesuaian kerana ungkapan ‘hak’ ini lebih umum.
Istilah hak adalah meliputi hutang atau barang yang dipinjam kerana sesetengah
mazhab mengkhususkan gadaian terhadap hutang sahaja dan tidak terhadap benda yang
dipinjam.
MENURUT
SYARA DAN BAHASA.
Pengertian
Ar-Rahnu dari sudut istilah bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya,
keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T.
yang bermaksud:
"Tiap-tiap
diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang
dikerjakannya.........."(Surah Al-Muddasir 74:38)
Manakala
dari segi syara merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya
hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Ahmad
Azhar Basyir mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai
menurut pandangan syara sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang
menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M
Arsjad Thalib Lubis mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang
yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan
pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri menerangkan bahawa Ar-Rahnu bererti " menjadikan
barang yang ada harganya menurut pandangan syara sebagai jaminan kepercayaan
hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil,
sebab sudah ada barang jaminan
Prof. Dr. Yusof
Al-Qardawi dalam bukunya ‘Al-Halal wa Al-Haram fil Islam’ menghuraikan
maksud gadaian itu sebagai sesuatu barang yang dijadikan peneguhan atau kepercayaan
dalam urusan hutang-piutang. Barang yang dijadikan jaminan itu boleh dijual,
jika hutang tidak dapat dibayar. Tetapi penjualan itu mesti sama nilainya
dengan nilai wang dipinjam.
Berdasarkan definasi yang diberikan
diatas ternyata bahawa Ar-Rahnu tidak mempunyai makna yang khusus, akan tetapi pengertian
yang diberikan oleh Iman Maliki adalah lebih jelas dan ianya banyak diguna
pakai dalam kebanyakan kitab-kitab feqah, dan pengertian ini juga turut di
terima oleh ulama-ulama lain seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Akan
tetapi pengertian Ar-Rahnu ini dapat disimpulkan sebagai satu keadaan dimana
penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai
jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi
hutang.
KONSEP
DALAM AR-RAHNU.
Ar-rahnu
merupakan satu sistem pajak gadai dalam islam yang menggabungkan beberapa
konsep-konsep syariah, antaranya Ar-rahnu, Al wadiah Yad Dhamanah dan
Al-Qard.
Didalam
konsep ini Ar-rahnu merupakan satu makanisme dimana satu barang yang
berharga yang mempunyai nilai di sisi syarak dijadikan cagaran atau sandaran
yang terikat dengan pinjaman secara bercagar yang boleh dibayar dengannya
dengan cara menjual atau melelong barang tersebut bagi mendapatkan kembali
hutang yang diberikan, ini terjadi sekiranya pihak yang berhutang tidak dapat
menjelaskan hutangnya itu pada masa yang dijanjikan.
Al-wadiah
yad dhamanah bermaksud simpanan barang yang berharga dengan jaminan, dimana
setiap barangan yang disimpan dikenakan upah simpanan bagi menjaga barang
tersebut. Dalam gadaian orang yang ingin mendapatkan pinjaman akan memberikan
barang yang berharga seperti barang kemas, tanah, kereta ataupun lain-lain
barang yang mempunyai nilai disisi syara kepada orang yang akan memberi
pinjaman untuk disimpan sebagai cagaran terhadap pinjaman yang diberikan. Dalam
keadaan ini pemberi hutang tersebut menjadi orang yang menjaga amanah dan ia
sama sekali tidak mempunyai hak terhadap barang dalam simpanannya kerana ia
diberikan upah dalam menjaga barang tersebut. Jika barang tersebut rosak ketika
berada simpanannya maka wajib keatasnya untuk membayar ganti rugi akibat dari
kerosakan yang terjadi keatas barang tersebut. Firman Allah yang bermaksud:
“sesungguhnya
Allah s.w.t menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya”.
(surah
an-nisa’ 4:58)
Hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
“Tunaikanlah amanah terhadap orang yang
memberikan amanah kepada kamu” (Riwayat
Tirmidzi)
Manakala
Al-Qard pula merupakan pinjaman tanpa faedah atau pinjaman kebajikan
yang diberikan untuk tujuan pertolongan. Ia merupakan satu pemberian hutang
oleh satu pihak kepada pihak yang lain tanpa adanya sebarang keuntungan atau
bayaran lebih semasa bayaran balik dilakukan. Pinjaman ini lebih kepada
tanggungjawab sosial atau pertolongan kebajikan
daripada pihak yang berkemampuan kepada pihak yang memerlukan. Dalam
Ar-Rahnu ia merujuk kepada pinjaman yang diberikan kepada peminjam berdasarkan
peratusan tertentu daripada nilai marhun (barang gadaian), dan upah
simpanan dikenakan untuk menyimpan barang gadaian mengikut kadar yang
dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak bukannya berasaskan kepada jumlah
pinjaman yang diberikan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:
“sesiapa
yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu memberinya balasan yang
baik”.(Riwayat Ahmad)
HUKUM AR-RAHNU
Firman-firman Allah dalam Al-Quran,
Surah Al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud:
”Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah
tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka
hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang)”. (Al-Baqarah
2:283)
Didalam hadis-hadis
nabi juga banyak disebut tentang Ar-rahnu antaranya daripada Aisyah r.a meriwayatkan
yang bermaksud :
“Rasulullah
s.a.w pernah membeli makanan dari orang Yahudi dan beliau menggadai kepadanya
baju besi beliau”.(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sebuah hadith lain
daripada Anas r.a yang bermaksud:
”Rasulullah
s.a.w telah menggadaikan baju besinya kepada orang Yahudi dengan mengambil buah
gandum dan diberikan kepada ahli keluarganya”. (Riwayat Ahmad)
berdasarkan
dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis-hadis yang dinyatakan diatas ulama telah
bersepakat menetapkan bahawa hukum gadaian adalah harus, ini kerana
ianya telah nyata didalam disebut Al-quran dan selari dengan Al-hadis.
RUKUN AR-RAHNU.
Dalam
menentukan rukun-rukun berkaitan dengan Ar-Rahnu, terdapat dua pandangan
berbeza dikalangan ulamak. Mengikut pendapat dalam jumhur ulama yang terdiri
daripada mazhab Maliki, Shafie dan Hambali, serta pandangan mazhab Hanafi
menyatakan bahawa secara amnya terdapat empat rukun dalam Ar-rahnu antaranya.
Ø Dua orang yang berkontrak (penggadai atau al-rahin;
dan penerima gadaian atau al-murtahin)
Ø Hak yang menjadi sebab sesuatu itu digadai/tanggungan gadaian iaitu
hutang (al-marhun bihi)
Ø Perkara yang digadaikan (al-marhun)
Ø Lafaz kontrak (sighah) ijab (lafaz memberi
gadaian) dan qabul (lafaz menerima gadaian)
Manakala
menurut sebahagian ulama lagi menyatakan bahawa rukun Ar-rahnu terbahagi kepada
enam ini kerana mereka menjadikan dua orang yang berkontrak sebagai dua rukun
yang berbeza begitu juga dengan ijab dan qabul turut dipisahkan menjadi dua
rukun yang berlainan.
Ø
Penggadai (al-rahin)
Ø penerima gadaian (al-murtahin)
Ø Hak yang menjadi sebab sesuatu itu digadai/tanggungan gadaian iaitu
hutang (al-marhun bihi)
Ø Perkara yang digadaikan (al-marhun)
Ø Ijab
Ø Qabul
Manakala
mengikut pandangan mazhab hanafi menyatakan bahawa hanya dua rukun sahaja yang
terdapat dalam sesuatu kontrak Ar-rahnu iaitu:
Ø Ijab
Ø Qabul
Ini
kerana individu atau pihak yang berkontrak dan perkara yang digadaikan terhadap
sesuatu hak merupakanperkara yang mendatang dan mesti zahir apabila adanya ijab
dan qabul.
Sebahagian
ulamak lagi ada yang berpendapat hanya terdapat satu rukun saja dalam kontrak
Ar-rahnu iaitu:
Ijab
(lafaz menggadaikan)
Alasan mereka
kerana kontrak gadaian adalah kontrak tabarru’at (iaitu kontrak sukarela
dan kebajikan dimana dalam kontrak tersebut hanya satu pihak saja yang member
manakala satu pihak lagi menerima tanpa membuat bayaran balas, dan ianya berbentuk
umum meliputi sedekah, memberi pinjaman dan sebagainya. Pandangan ini ditolak
oleh sebahagian kecil ulama mazhab Hanafi. Mereka menetapkan dua rukun tersebut
(ijab dan qabul) pada gadaian. Ini adalah kerana walaupun kontrak gadaian
merupakan kontrak Tabarru’at, namun ia bukan kontrak tabarru’at dari
semua segi. Ini kerana pada pendapat mereka terdapat juga pada kontrak gadaian
ini makna muawadah atau “pertukaran barang dengan sesuatu yang lain”
Tetapi ulama tidak menafikan bahawa Ar-Rahnu
ini adalah sebahagian daripada kontrak tabarru’at , ini kerana kerana
mereka mengatakan dalam Ar-rahnu memang terdapat penyerahan yang berlaku antara
dua belah pihak diantara penggadai atau pemberi gadaian dan penerima gadaian
atau pemegang gadaian, akan tetapi dalam
gadaian hanya satu pihak saja yang mendapat keuntungan iaitu orang yang menggadai, manakala barang
yang digadai yang terdapat pada pemegang gadaian masih lagi menjadi milik
penggadai dan orang yang memegang gadaian ini tidak berhak untuk melakukan
apa-apa terhadap barang gadaian tersebut, ini kerana barang yang digadai
tersebut bertindak sebagai sandaran atau jaminan dari pihak penggadai bagi
mendapatkan faedah atau manfaat daripadanya yang berbentuk pinjaman wang
daripada pihak pemegang gadaian. jadi Tidak timbul dalam kontrak ini bahawa pihak
yang memegang gadaian mereka mendapatkan untung daripada penyimpanan barang
gadaian. Tidak sebagaimana dalam skim al-rahn yang dilaksanakan dewasa
ini. Perbelanjaan menjaga barang gadaian
mengikut kadarnya yang sebenar tanpa mengambil untung, tidak terpisah daripada
kontrak gadaian itu sendiri. Memberi pinjaman atau hutang dari pihak yang
memberi hutang adalah sedekah. Memberi sesuatu barang daripada pihak yang berhutang
kepada pemberi hutang sebagai jaminan kepada hutangnya juga adalah sedekah
Oleh
itu, pertikaian terhadap transaksi Ar-Rahnu ialah apabila diubah kontrak Al-Rahnu
daripada hakikat kontrak untuk bersedekah (tabarru’at) kepada kontrak mencari
keuntungan. Ia berlaku melalui tambahan “kontrak upah simpan” antara penghutang
dan pemiutang. Ini menyebabkan unsur-unsur yang dipertikaikan dimasukkan
lebih-lebih lagi Al-Rahnu berbeza dengan gadaian konvensional yang menjadikan
barang sebagai sandaran dan pinjaman dikenakan kadar faedah tertentu. Antara
masalah gadaian mengikut perundangan Islam ialah segala kos menjaga barang
milik penghutang akan ditanggung oleh penghutang kerana barang itu adalah
miliknya. Menurut ulama fekah, penghutang hanya membayar kos yang sebenar untuk
menjaga barang gadaian. Sebarang pengambilan untung daripada kos tersebut oleh
pemiutang adalah riba kepada pinjaman wang, kerana pemiutang menyimpan barang
gadaian daripada penghutang berasaskan akad (kontrak) gadaian dan bukan kontrak
upah yang berasingan. Transaksi kontrak gadaian sudah meliputi peminjaman wang
atau barang dan penyerahan barang gadaian. Sekaligus meliputi juga
tanggungjawab penghutang untuk membayar kos sebenar menjaga barang gadaian
miliknya tanpa perlu kepada kontrak upah yang baru. Jikalau ada keuntungan
daripada kontrak al-rahnu yang merupakan kontrak Tabarru’at, maka ia
adalah keuntungan maknawi, iaitu keuntungan yang datang secara tidak langsung
seperti orang miskin merasa terbela yang membawa kepada keselamatan harta
orang-orang kaya. Pemberi hutang pula mendapat pahala dan ganjaran di sisi
Allah (s.w.t.).
SYARAT
– SYARAT AR-RAHNU.
v
Syarat
penggadai dan pemegang gadaian (al-Rahin dan al-Murtahin )
Penggadai dan
pemegang gadaian mestilah seorang yang berkebolehan dan berkelayakan dalam
menguruskan harta, disamping itu penggadai dan pemegang gadaian merupakan
seorang yang baligh, berakal dan segala tindakan mereka berpunca dari kemahuan
sendiri bukan paksaan daripada orang lain. Yang terakhir hendaklah berkelayakan
dalam memberi dan menerima barang gadaian iaitu mestilah sama ada pemilik
kepada barang yang digadai atau pemilik kepada hutang yang dicagar dengan
gadaian.
v Syarat barang gadaian (al-Marhun)
Barang yang
hendak digadaikan itu mestilah barang yang bernilai dan boleh dijual serta berbentuk
benda bukannya berbentuk manfaat. Barang tersebut mestilah hak milik mutlak penggadai bukannya barang yang dirampas atau
dipinjam. Disamping itu penggadai dan pemegang gadai mengetahui
keadaan barang tersebut.
v Syarat bayaran (al-Makful Bihi )
Mestilah bayaran
yang diterima oleh penggadai itu dalam bentuk hutang iaitu dalam bentuk
matawang bukannya berbentuk sesuatu benda yang dihutang dan hendaklah hutang
tersebut mestilah telah sah menjadi tanggungan penggadai terhadap penerima
gadaian. Manakala Jumlah dan sifat hutang mestilah diketahui oleh kedua-dua
pihak dan bayaran hendaklah dijelaskan pada waktu yang ditetapkan sebagaimana yang telah dipersetujui bersama.
v
Sighah (ijab
dan qabul)
Mestilah
menggunakan sighah yang khusus merujuk kepada gadaian dan penerimaan
gadaian.
PERKARA
YANG MEMBATALKAN AR-RAHNU.
Gadaian
akan dikira terbatal dan tamat sekiranya penggadai telah membayar keseluruhan
hutangnya kepada pemegang gadaian ataupun barang yang digadaikan itu diserahkan
semula kepada penggadai. Disamping itu pembatalan ini juga berlaku sekiranya
barang gadaian itu rosak dan orang yang memegang gadaian itu meninggal dunia.
Jika seseorang itu tidak dapat menjelaskan hutangnya pada masa yang ditetapkan
dan menyebabkan barang gadaiannya dijual turut akan membatalkan gadaian yang
berlaku ataupun barang yang digadai itu telah
disewa atau disedekahkan kepada orang lain. Pembatalan juga akan berlaku
sekiranya orang yang memegang gadaian itu membatalkan gadaian walaupun tanpa
pengetahuan penggadai.
.
HUKUM
- HUKUM BERKAITAN DENGAN BARANG GADAIAN.
Terdapat
beberapa hukum berkaitan dengan barang gadaian mengikut perspektif perundangan
Islam. Diantara hukum yang berkaitan dengan barang gadaian adalah:
1.
Nafkah
terhadap gadaian.
Terdapat dua
bentuk nafkah yang berbeza yang telah diberikan oleh para ulamak muktabar berkaitan
dengan nafkah barang gadaian antaranya:
·
Nafkah untuk
meneruskan kewujudan barang gadaian.
·
Nafkah
penjagaan untuk penjagaannya.
Ulama telah bersepakat mengatakan bahawa
penggadai (al-rahin) wajib menanggung perbelanjaan bagi memastikan
kewujudan sesuatu yang digadaikannya. Contohnya perbelanjaan memastikan kereta
yang digadaikan dalam keadaan sempurna melalui servis yang berterusan merupakan
tanggungjawab penghutang/penggadai (pemilik kereta). Namun mereka berbeza
pandangan dalam menentukan nafkah penjagaan bagi barang gadian tersebut, iaitu perbelanjaan
selainnya (seperti menyediakan tempat letak kereta) adakah ianya merupakan
sebahagian kos yang perlu ditanggung oleh penggadai (iaitu penghutang tersebut)
atau sebaliknya?
Terdapat
dua pandangan ulama yang berbeza berkaitan dengan permasalahan ini iaitu:
A.
Kebanyakan
ulama (jumhur ulama) berpandangan bahawa perbelanjaan menjaga barang
gadaian adalah tertanggung di bahu penggadai. Ia meliputi perbelanjaan berupa
sesuatu yang “meneruskan kewujudannya” atau sesuatu perkara lain untuk
menjaganya. Ia berasaskan bahawa segala perbelanjaan tersebut adalah untuk
faedah penggadai itu sendiri iaitu menjaga kesempurnaan barang penggadai.
B.
Mazhab Hanafi
berpandangan bahawa perbelanjaan untuk “meneruskan kewujudan” barang gadaian
adalah tanggungan penggadai. Manakala perbelanjaan untuk menjaganya seperti
tempat letak kereta yang khususn adalah tertanggung di atas tanggungjawab
penerima gadaian (pemiutang). Ia berdasarkan kepada pandangan bahawa penerima
gadaian memegang barang tersebut untuk faedah dirinya iaitu sandaran ke atas
pinjaman atau hutang yang diberikan. Oleh itu, penerima gadaian tidak berhak
untuk meminta perbelanjaan tersebut dari penggadai.
2.
Penggunaan
atau mengambil manfaat daripada barang gadaian.
Dalam permasalah yang berkaitan dengan pengambilan manfaat dari
harta gadaian dapat dibahagikan dalam dua keadaan:
·
penerima
gadaian (al-murtahin) mengambil
atau menggunakan barang gadaian.
·
penggadai (al-rahin)
mengambil manfaat daripada barang miliknya yang berada di tangan penerima
gadaian (pemiutang tersebut).
Dalam
permasalahan ini hanya permasalahan tentang penerima gadaian (al-murtahin)
yang mengambil faedah daripada barang yang diserahkan kepadanya untuk gadaian dengan
izin penggadai lebih diberi tumpuan, ini kerana kebanyakkan permasalahan timbul
dalam situasi ini dan kebanyakan ulama berbeza pendapat dalam menyelesaikan
permasalahan ini. Pandangan ini telah disepakati oleh kebanyakan para fuqaha’.
Dimana penerima gadaian tidak berhak menggunakannya tanpa izin dari pemiliknya
sekiranya barang gadaian tersebut bukan daripada jenis yang boleh diperah
susunya atau boleh ditunggangi.
Hukum yang berbeza sedikit bagi barang gadaian yang boleh menghasilkan sesuatu
(contohnya haiwan yang mengeluarkan susu) dan boleh ditunggang (contohnya kuda,
kereta dan sebagainya).
Para
ulama berselisih pandangan kepada tiga pandangan berbeza mengenai masalah
sekiranya penggadai membenarkan penerima gadaian menggunakan barang gadaian
tersebut iaitu mengambil faedah daripadanya, iaitu:
I.
Pandangan
yang melarang pemiutang atau penerima gadaian tersebut menggunakannya secara
mutlak.
Pandangan ini
dipelopori oleh sebahagian ulama mazhab Hanafi, satu pandangan yang lebih
terkenal dalam mazhab Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal. (Maksud menggunakan
barang gadaian adalah seumpama sewa secara percuma. Penggunaan adalah sesuatu
yang mempunyai nilai wang. Oleh itu, meletakkan syarat pemberian manfacah adalah
riba kerana penghutang terpaksa membayar hutang secara penuh dan menyerahkan
barang gadaian untuk digunakan pada masa yang sama, iaitu penghutang membayar
hutangnya dengan cara bayaran pinjaman dan penggunaan barang secara percuma.
Dalam hal ini, berlaku padanya kaedah kull qard jarra naf’an fahuwa riba iaitu
setiap pinjaman yang berlaku pengambilan faedah atau manfaat daripada pinjaman
tersebut maka ia adalah riba. Pemiutang mengambil faedah menggunakan barang
hasil daripada pemberian hutang kepada pemilik barang gadaian.
II.
Pandangan
yang membenarkan pemiutang atau penerima gadaian menggunakannya secara mutlak.
Pandangan ini
dipelopori sebahagian kecil ulama mazhab Hanafi dan mazhab syiah Jaffariyyah.
Mereka berhujah bahawa seseorang itu bebas menyedekahkan penggunaan barangnya
kepada sesiapa yang disukai berdasarkan kepada Hadith:
“Tidak halal
(mengunakan atau mengambil harta seseorang muslim kecuali dia mengizinkannya”
(Riwayat Ibnu Hibban)
Menurut mereka,
seseorang itu bebas dan berhak meminjamkan barang gadaiannya sama ada kepada
penerima gadaian atau bukan penerima gadaian. Namun pentafsiran tersebut
ditolak oleh para ulama kerana Hadith tersebut bukanlah umum sebegitu.
Sebaliknya ia terikat kepada perkara yang tidak membawa kepada perkara haram
umpamanya mewujudkan riba. Manakala penggunaan kaedah qiyas iaitu
mengiaskan (qiyas usuli) seseorang itu bebas menyedekahkan penggunaan
sesuatu barang pada sesiapapun sebagaimana dalam Al-Rahnu, dengan
kebebasan yang dinyatakan dalam hadith, merupakan qiyas yang batil. Qiyas ini
menurut istilah ulama usul fekah ialah qiyas maca alfariq iaitu
mengiaskan sesuatu perkara kepada sesuatu yang berbeza, kerana kalau tidak
kerana pinjaman nescaya pemilik barang tersebut akan melarikan barangnya dan
tidak meminjamkan kepada penerima gadaian.
III.
Pandangan yang membenarkan penerima gadaian
menggunakan barang gadaian sekiranya penggadai mengizinkannya dengan syarat hak
yang dituntut bukannya hak yang terhasil daripada pinjaman wang tunai (termasuk
emas dan perak).
Sebaliknya ia adalah hak ke atas hutang daripada pertukaran barang seperti
jual beli. Dalam keadaan tersebut, ia dibenarkan sekiranya ditentukan tempoh
penggunaan barang gadaian tersebut. Syariat Islam membezakan berhutang melalui
urusan jual beli dan meminjam wang tunai. Contohnya, seseorang membeli rumah
dengan cara berhutang. Ia menggadaikan tanahnya untuk berhutang. Dalam kontrak
tersebut, ia membenarkan penerima gadaian menggunakan tanahnya tersebut untuk
sesuatu tempoh tertentu. Kontrak ini dibenarkan mengikut pandangan yang dipelopori
oleh para ulama mazhab Maliki, sebahagian ulama mazhab Shafie dan mazhab Hambali.
Mereka mensyaratkan hutang tersebut adalah hutang jual beli dan bukan dari pinjaman
wang tunai. Pinjaman wang tunai mempunyai beberapa peraturan yang ketat untuk
mengelakkan riba. Kaedahnya riba pinjaman wang tunai ialah sebarang pembayaran
lebih terhadap kadar asal sama ada berbentuk wang tunai atau penggunaan barang
adalah riba. Ia berdasarkan kaedah “kull qard jarra nafcan fahuwa
riba” iaitu setiap pinjaman yang berlaku pengambilan faedah darinya maka ia
adalah riba. Justeru mereka membenarkan penggunaan barang oleh penerima gadaian
(yang juga pemiutang dan pemegang barang gadaian tersebut) pada hutang yang
terhasil daripada jual beli.
Terdapat dua bentuk bayaran untuk jual beli secara hutang.
Umpamanya, seseorang yang membeli rumah dengan harga RM100,000 secara hutang dengan
bank. Ia menggadaikan tanahnya untuk berhutang. Dalam kontrak ini, ia mengizinkan
penerima gadaian iaitu bank menggunakan tanahnya untuk tempoh setahun. Pada
transaksi ini, harga rumah yang dibeli oleh penghutang (yang juga penggadai)
dibayar dalam dua bentuk iaitu seratus ribu ringgit dan sewa tanah selama
setahun. Oleh itu, menurut Ibnu Qudamah
dan al- San’ani, tujuan mereka mensyaratkan penetapan tempoh penggunaan adalah
supaya tidak timbul persoalan ketidaktentuan pada harga (jahalah). Bentuk
ini membuktikan bahawa ulama-ulama muktabar amat berhati-hati pada permasalahan
riba. Sebarang bayaran lebih daripada pinjaman wang tunai yang diberi dengan
menggunakan nama sedekah, upah, hadiah adalah riba. Pandangan ini adalah
berdasarkan kaedah kull qard jarra nafcan fahuwa riba iaitu setiap pinjaman
yang berlaku pengambilan faedah daripadanya maka ia adalah riba. Kalau
tidak kerana pinjaman nescaya penghutang tidak akan memberikan upah,
hadiah atau sedekah tersebut. Para sarjana Islam membenarkan pengambilan
bayaran kos pentadbiran dengan syarat kos tersebut adalah kos sebenar
pentadbiran tersebut dan bukannya sebagai satu alasan untuk mengambil
keuntungan dengan meletakkan kadar yang melebihi kos sebenar pentadbiran.
KELEBIHAN
PAJAK GADAI ISLAM (AR-RAHNU).
Diantara
kelebihan utama dalam Ar-rahnu dengan pajak gadai yang lain adalah pada
perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu
ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Ini kerana
keuntungan dalam Ar-Rahnu tidak diambil daripada pinjaman secara langsung
sebaliknya mengambil manfaat daripada peminjaman dan penerimaan barang. Faedah
tersebut terbit daripada kontrak baru yang diwujudkan iaitu kontrak upah
simpan. Kontrak upah adalah satu kontrak yang wujud dan halal dalam perundangan
Islam, tidak sepertimana sistem pajak gadai konvensional yang mengambil
keuntungan dari faedah bergantung pada nilai pinjaman yang dilakukan ini dapat
dilihat dalam syarat gadaian konvensional yang menetapkan bahawasanya penghutang
mesti membayar faedah atau bunga pada kadar 2% sebulan ke atas jumlah pinjaman.
Syarat
ini bertentangan dengan perundangan Islam secara langsung yang tidak
membenarkan penambahan kepada kadar asal pinjaman berdasarkan tempoh masa
sebagaimana ketetapan yang dibuat oleh Majlis Penyelidikan Islam dalam
persidangannya yang kedua pada tahun 1965. Ia menyatakan bahawa segala jenis
faedah ke atas semua jenis pinjaman adalah riba yang diharamkan oleh
perundangan Islam. Kaedah ini nyata sekali haram disisi islam kerana ia dilihat
member keuntungan hanya pada satu pihak saja dan satu pihak lagi tertindas,
firman Allah yang bermaksud:
“padahal
Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (surah Al-Baqarah 2:275)
Dalam Ar-Rahnu juga penggadai tidak perlu bimbang akan nilai
gadaiannya kerana dalam Ar-Rahnu kadar nilai barang gadaian dijamin tidak akan
merosot apabila ingin ditebus semula ianya akan tetap dengan harga asal
sepertimana yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak ketika berakad
dan tidak akan berlaku sebarang masalah
di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat
atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
Disamping itu penggadai tidak perlu bimbang akan keselamatan barang gadaiannya,
kerana barang yang berada dalam simpanan
pemegang gadaian akan dijamin keselamatannya . Di mana, penerima gadaian akan
menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi
oleh pemberi gadaian dan jika apa–apa yang tidak diingini berlaku terhadap
barang gadaian tersebut samada hilang ataupun rosak pihak pemegang gadaian akan
bertanggungjawab keatas apa yang terjadi keatas barang gadaian itu iaitu dengan
membayar gantirugi kepada pihak penggadai. Dengan ini, pemberi gadaian tidak
perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka
sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
Dan jika sekiranya pihak yang menggadai tidak mampu
menjelaskan hutangnya pada masa yang ditetapkan iaitu tamatnya tempoh
perjanjian maka pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang
gadaian yang terpaksa dijual bagi melangsaikan hutangnya yang tertangguh itu,
Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan
dikembalikan, hal ini berlaku kerana nilai gadaian adalah jauh lebih tinggi
daripada nilai hutang tersebut.
Selain itu juga Ar-Rahnu mengenakan caj perkhidmatan yang
rendah terhapap penggunanya. Ini dapat dilihat dalam aspek pengurusan di
Ar-Rahnu yang hanya melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan
dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvesional menawarkan caj
perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau
meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan
tersebut.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering
berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku
sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas
akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. Ini kerana sebarang bentuk penipuan
yang dilakukan adalah haram disisi islam. Firman Allah
swt yang bermaksud:
" Kecelakaan besarlah bagi orang-orang
yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orangayang apabila
menerima sukatan dari orang lain mereka minmta patuhi . Dan apabila mereka
mnyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya".
(surah
Al-Muttaffifin: 1-3)
Rasulullah
saw bersabda ynag bermaksud:
"Lima (dibalas) dengan lima. Mereka
sahabat bertanya: Apaah lima (dibalas) dengan lima , Hai Rasulullah? Rasullulah
menjawab; satu kaum tidak membatalkan perjanjian melainkan Allah (membenarkan)
musuh menguasai mereka. Mereka tidaklah memutuskan perkara dengan selain apa
yang telah diturunkan Allah, melainkan merebak kepapaan dalam kalangan mereka.
Tiada lahir di kalangan mereka kejahatan (zina) , melainkan Allah menurunkan
ta'un ke atas mereka, yakni banyak kematian. Dan tiada mereka mengurangkan
sukatan, melainkan mereka ditahan dari tumbuh-tumbuhan (tanaman tidak menjadi)
dan mereka ditimpa kemarau dan kelaparan. Dan tiadalah mereka menahan zakat
(tidak mengeluarkan zakat) melainkan mereka tidak mendapat hujan".
(Riwayat At-Tabrani)
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak
Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan
tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik
yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak.
Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang
tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan
tempoh pembayaran balik pinjaman mereka ini ternyata membebankan pihak yang
berhutang, sedangkan
dalam islam melarang sebarang penindasan yang berlaku.
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak
penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan ini berlaku kerana
tempoh masa membayar balik untuk mereka telah tamat. Dengan ini pihak pemberi
gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan
untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. Ini bertepatan
dengan perundangan Islam kerana ia adalah sebahagian daripada kesan atau
natijah kontrak gadaian tersebut.
Ar-Rahnu turut menitik beratkan soal penentuan nilai gadaian yang sepatutnya. Dalam
Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan
barang gadaian yang digadai oleh penggadai contohnya ialah kadar
hutang yang ditetetapkan oleh penggadai hendaklah
bersamaan dengan 50% atau 60% daripada nilai barang gadaian (barang kemas
emas). Syarat ini berkaitan dengan mensyaratkan kadar tertentu untuk hutang berdasarkan
nilai barang gadaian. Para ulama membenarkan meletakkan syarat yang tidak bertentangan
dengan maksud kontrak dan tidak memberi mudarat kepada salah satu daripada dua
pihak yang berkontrak. Bahkan mereka bersepakat membenarkan kadar hutang sama
ada bersamaan atau melebihi atau kurang daripada nilaian barang gadaian. Tidak seperti kedai Pajak Gadai Konvensional yang memberi
kadar pinjaman berdasarkan rundingan yang dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak tanpa mengambil kira nilai barang gadaian yang digadaikan. Ia berlaku
kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria
untuk menilai gadaian berkenaan berbeza dengan pajak Ar-Rahnu dimana nilai
taranya telah ditetapkan.
PERBEZAAN AL-RANHU DENGAN KEDAI PAJAK KONVESIONAL
Perbezaan yang ketara diantara kedua-duanya terletak kepada
perjanjian pinjaman dan pembiayaan yang dikaitkan dengan sesuatu gadaian. Ini
dapat dilihat dalam perjanjian Al-Rahnu, pembiayaan yang dikaitkan dengan
gadaian tidak akan dikenakan kadar faedah yang dianggap riba. Pinjaman yang
dikaitkan dengan gadaian dalam kedai pajak konvensional menjadikan kadar faedah
sebagai sumber yang memberi keuntungan yang lumayan.
Selain itu, amalan Ar-Rahnu ini meletakkan tanggungjawab
sosial sebagai teras kepada operasinya dan secara tidak langsung ia akan
memelihara kedua belah pihak. Misalnya, sekiranya pemberi gadai tidak
berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggung apabila tamat tempoh
perjanjian dan barang yang digadai terpaksa dijual, jika harga jualan melebihi
baki hutangnya, lebihan baki tersebut mestu diserahkan kembali si pengadai. Dalam
konteks ini, orang yang menerima gadai juga akan terbela haknya dengan
memperolehi kembali jumlah pokok yang diberikan kepada si pengadai.
Sistem Gadaian Islam, Kelantan.
Sistem gadaian Islam, Kelantan mula beroperasi pada tahun
1992. Objektif penubuhannya adalah untuk membolehkan masyarakat setempat
terutamanya di Kota Bharu mendapat kemudahan pembiayaan jangka pendek tanpa
perlu membayar faedah yang berleluasa pada ketika itu yang jelas bertentangan
dengan syariat Islam. Kemudahan seperti Al-Qard dan Wadiah Yad
Dhamanah serta Ar-Rahnu pula merupakan produk terawal di
perkenalkan.
Pembiayaan berteraskan Wadiah Yad Dhamanah bermakna
institusi Al-Rahnu menyimpan sejumlah wang dengan pelanggannya yang menjamin bertanggungjawab
atas risiko yang timbul atas wang tersebut dan berhak mendapat keuntungan
daripada penggunaan wang tersebut. Institusi Al-Rahnu pula tidak berhak
mengenakan sebarang caj kepada pelanggannya atas simpanan tersebut, kerana caj
sedemikian berupa kadar faedah dan jelas ia adalah haram. Pada akhir tempoh
simpanan, pelanggan wajib membayar balik jumlah asal yang disimpan dengannya
oleh institusi Ar-Rahnu. Semasa perjanjian ini dilakukan, Institusi Al-Rahnu
akan mensyaratkan pelanggan mencagarkan barang kepunyaannya sebagai sandaran
kepada pembiayaan yang diberikan. Untuk mendapat hasil daripada usaha tersebut,
Institusi Al-Rahnu akan mengenakan caj rendah berbanding kadar faedah semasa
dan bergantung kepada nilai barang gadaian berkaitan.
Bank Rakyat.
Pajak gadai Islam, Bank Rakyat mula dilancarkan pada tahun
1993 bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pembiayaan
jangka pendek. Sama juga halnya dengan Sistem Al-Rahnu daripada institusi yang
lain, Bank Rakyat menggunakan Al-Qard dan Wadiah Yad Dhamanah serta
Ar-Rahnu. Tiada sebarang caj dikenakan kepada pembiayaan wang tetapi
sebaliknya mengenakan caj untuk upah menjaga barangan tersebut walaupun
jumlahnya berbeza dengan kedai pajak gadai Islam yang lain.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu.
Muasasah Gadaian Islam Terengganu mula beroperasi pada tahun
1992. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan pembiayaan jangka pendek kepada
masyarakat setempat tanpa sebarang kadar faedah. Berbanding dengan Bank Rakyat
dan Sistem Gadaian Islam, Kelantan yang mengunakan konsep Wadiah Yad
Dhamanah untuk tujuan pembiayaan. Muasasah Gadaian Islam Terengganu
sebaliknya mengunakan konsep Qardh Al Hasan (hutang tanpa caj). Ini bermakna
pemberi hutang membiayaan keperluan penerima hutang tanpa mengenakan sebarang
caj. Sebagai satu daripada syarat pemberian hutang ini, penerima hutang
dikenakan mengadai barang kepunyaannya sebagai sandaran kepada hutang yang
diterima. Pada akhir tempoh hutangnya tanpa sebarang caj tambahan.
PERSEPSI PELANGAN TERHADAP AL-RAHNU.
Daripada beberapa kajian yang telah dibuat maka dapat
dirumuskan disini,
1.
Pelanggan
Muslim lebih cenderung kepada Ar-Rahnu apabila melihat ia bebeas daripada riba
dan mengikut kehendak syara. Majoriti negeri penduduknya Islam menyokong
aplikasi Ar-Rahnu dalam rutin kehidupan
mereka.
2. Pelanggan Muslim dan bukan Muslim
memilih Ar-Rahnu kerana merasakan institusi Al-Rahnu bertindak lebih beretika
dan mementingkan tanggungjawab sosial berbanding keuntungan. Mereka juga lebih
mempercayai bahawa institusi Ar-Rahnu dapat berlaku adil dan bertolak ansur
dalam membantu mereka yang dalam kesusahan.
3. Pelanggan memilih Ar-Rahnu kerana
tiada kadar faedah dikenakan berbanding kedai pajak gadai konvensional yang
banyak menekan para pengadai.
MASA DEPAN AR-RAHNU DI MALAYSIA.
Pembiayaan modal jangka pendek amat diperlukan oleh
perniaga-perniaga kecil di dalam usaha mencari sumber pendapatan hidup. Ini
membolehkan mereka menggunakannya sebagai modal pusingan bagi keperluan
perniagaan masing-masing. Kelebihan Ar-Rahnu pada pihak perniaga ia bersifat
mudah dan telus. Dalam situasi dunia hari ini, ramai orang takut menjadi
penjamin dan perkara ini sudah tentu menyukarkan pihak-pihak terlibat untuk
mencari pembiayaan. Dengan hanya meletakkan barang gadaian sebagai cagaran ia
dapat mengelakkan para pelanggan terjerumus dengan bebanan hutang yang banyak
melebihi keupayaan mereka membayar balik hutang tersebut. Ar-Rahnu juga adalah
cukup menguntungkan kerana kelebihan utamanya menjamin bahawa setiap hutang
pelangan akan dibayar balik. Ini membolehkan institusi Ar-Rahnu berkembang
pesat dan tidak timbul masalah keraguan bayaran balik oleh pelanggan. Dengan
kecenderungan masyarakat muslim di Malaysia untuk merealisasikan perniagaan
mengikut syariat Islam, ditambah pula dengan kelebihan skim Ar-Rahnu, skim ini dijangka
akan menjadi instrumen pembiayaan jangka pendek paling laris di Malaysia.
KESIMPULAN.
Sistem
gadaian untuk mendapatkan wang telah
berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan
daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis
riwayat Bukhari dan Muslim.
Konsep
Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan
membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia
dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang
berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan
taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat. Selain daripada itu, ia dapat
mengembangkan lagi potensi perniagaan umat Islam serta menggalakan mereka
mencari rezeki yang halal lagi berkat. Konsep ini juga mampu mengurangkan beban
orang yang dalam kesusahan dalam keadaan terdesak serta mengelakkan berlakunya
keruntuhan sosial dalam institusi masyarakat seperti meminjam daripada along
dan lintah darat. Tidak akan berlaku
sebarang penipuan dalam transaksi ini kerana setiap pelanggan yang berurusniaga
dengan sistem ini akan diberikan penjelasan yang terang dan nyata melalui
dokumen perjanjian yang di persetujui secara bersama. Dokumen tersebut adalah
sebahagian daripada terma-terma perjanjian yang akan dikuatkuasakan oleh
kedua-dua belah pihak. Allah s.w.t. berfirman bermaksud:
“Jika
kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak
memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang
(oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian
yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya)
dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para
saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka
sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan”. (Al-Baqarah: 283)
Bertepatan
dengan ayat diatas segala urusniaga haruslah ditulis kerana ia mempunyai
mempunyai bukti yang jelas dan kuat. Dalam Islam telah termaktub sistem yang
sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan
berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Unsur-unsur ini boleh
dielakkan apabila kita mempunyai instrumen kewangan Islam serta menggunakannya
secara berkesan dan efesien.
Sebagaimana
institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim
Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan
riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi
ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam
perniagaan barang-barang runcit serta mengelakkan menopoli barangan oleh
sesebuah pihak sahaja yang akhirnya mengakibatkan peningkatan harga.
Tidak dinafikan, masih ada skim Ar-Rahnu mempunyai mengandungi
unsur-unsur riba dalam transaksinya. Bagaimanapun, skim al-rahnu ini mempunyai
manfaatnya, jika dibandingkan dengan transaksi konvensional. Oleh itu, usaha ke
arah menghilangkan syubhat riba perlu dilakukan . Menjadi tanggungjawab umat
Islam yang berkelayakkan dan berkemampuan untuk mengubah situasi ini. Semoga
sistem ekonomi yang berteras Al-Quran dan As-sunnah ini akan terus berkembang
dan membangun sejajar dengan arus pembangunan negara.
Senarai
Rujukan.
1.
Ghazali S.M. Nasri M. Hanafiah M.H. (2009). Pengantar
Perniagaan Islam. Prentice Hall.
Kuala Lumpur.
2.
Nor
Mohamed Yakcop. 1996. Teori, amalan dan prospek sistem kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3.
Perjanjian
Gadaian Pusat al-Rahn. 1999.
Kuantan: Persatuan Pengguna Islam Pahang.
4.
Wahbah
al-Zuhayly. 1987. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. Jld. 5. Beirut: Dar
al-Fikr.
5.
Al-Faruz
Abadi, Majduddin Muhammad bin Ya’qub. (1997). al-Qamus al-Muhit.
Jld. 2. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.
6.
al-Kawakibi,
Muhammad Hassan Ahmad. 1324H. al-Fawaid al-Samiyyah fi Syarh al- Nuzum
al-Musamma bi al-Faraid al-Sunniyyah. Mesir: al-Matbacah al-Kubra
al-Amiriyyah.
7.
Muhammad
Uthman Syubayr. 1996. Masail al-Fiqh al-Muqaran. Amman: Dar al-Nafais.
Jurnal
1.
Asmadi
Mohamed Naim. (2004). Sistem Gadaian Islam. ISLAMIYYAT.Vol. 26(2) ,
pp 39 - 57 39.
2.
Sehan, M. A.
(2004). Isu-isu dalam Perlaksanaan Pajak Gadai Islam di Negara Serantau.
Kertas kerja di “Konvensyen Ar-rahnu Serantau” on 12th – 13th October: Kuala
Lumpur.
Laman Sesawang.
2.
Bernama. (2008). Bank Rakyat Aims to Open up 15 Ar-Rahnu
Branches in 3 Years. Kuala Lumpur. Diakses : http://www.bernama.com/finance/news.php?id=333396.
al-Fawaid al-Samiyyah………….al-Kawakibi 1324H: 109; al-Qadiri t.th.,
8: 231
.
al-Taj al-Madzhab.( al-San’ani)……………………….Jilid 3: 236
Takmilah Fath al-Qadir. (Qadi Zadah Afandi ……… Jilid 1: 101